Burung-burung berkicau riang pagi ini..terbang ke sana sini mencari makan. Mungkin itu ibu burung atau ayahnya, yang keluar mencari rezeki buat anak-anak yang menanti di sarang.Subhanallah, Maha Suci Allah, yang mengilhamkan kepada semua makhluk untuk berusaha di awal pagi. Sebagaimana kata pepatah, " The early birds will catch the worms..", kalau tak salah saya begitulah bunyinya.
Bagaimana dengan kita? Sudah bangunkah mencari rezeki ? Atau masih sedap menarik selimut, dibuai mimpi. Maklumlah bila hujan di malam hari, tidur lena hingga ke pagi.

Teringat saya semasa zaman saya mengajar berbelas tahun yang lalu. Sewaktu itu saya mengajar di Bangsar. Bila dengar Bangsar, bagi orang KL..oh Bangsar..tempat orang 'ada-ada'..Emm..tapi tidak. Saya mengajar dalam area Bangsar, tetapi dipinggiran Pantai Dalam. Pantai Dalam (PD) waktu itulah, awal 90-an. Masa tu tak banyak Kondo lagi, rumah banyak yang jenis rumah panjang, istilah PD. Rumah Flatnya masih ada hingga sekarang. Waktu itu saya dan suami tinggal berkongsi di Flat Bukit Angkasa, PD bersama2 rakan2nya yang lain. Azab juga waktu itu. Mujurlah baru kahwin, anakpun belum ada. So tinggal serumah dengan orang bujang yang lain masih tak apa, cuma saya terpaksa berkurung sepanjang masa di dalam bilik..what's a life !
Sewaktu mula mengajar, suami saya baru berkecimpung di dalam dunia MLM (Multi Level Marketing). Masa tu buat sekadar suka2.
Alhamdulillah, kalau setakat nak makan berdua, sambil hulur sikit kepada ibu bapa, insyaallah lebih pada cukup. tetapi minat buat MLM tu sentiasa ada. Apa salahnya, usia masih muda, cari pendapat sampingan..untung2 dapat duit poket lebih, untuk bekalan bila ada anak nanti.
So, apabila suami dah mula meniaga, banyak produk yang ada. Salah satu produk yang paling saya suka ialah vitamin. Tak kira lah vitamin apa..tapi yang paling sedap dan mudah nak telan ialah vitamin C. Rasa masam manis oren dan makan sebiji vitamin sudah menyamai makan limau 3 biji. Kulit cantik, boleh buang toksin dan
bulan2 dapat bonus hasil jualan produk itu tadi.
Saya mengambil kesempatan menjual Vitamin C di sekolah. Sebabnya..? Ialah apabila saya melihat ramai kawan2 berniaga di bilik guru, saya pun nak join jugak. Ini asyik beli barang orang jual, tapi kita tak menjual. Jadi, sebagai pemulaan, saya jual vitamin c. Mula2. saya bagi cuba dulu..tiap2 pagi saya distribute Vitamin C kat kawan2..seorang ambil satu. Tak susah terus kemam..tak perlu air. Habis satu bilik guru saya round. Free lagi, sapa tak nak. Vitamin C saya tak mahal, cuma around rm 16 sebotol ada 100 biji. Dalam ramai2 cikgu yang ada (hampir 120 orang guru pagi dan petang), hanya dua tiga orang saja yang beli Vitamin C. Kata mereka, takpe lah..lainkali, takpelah..saya lebih suka makan oren sebenar dari tablets, takpelah..itu dan ini. Semuanya dengan alasan masing2.
Belumpun reda rasa kekecewaan saya kerana Vitamin C saya kurang laku, terpana saya apabila melihat seorang rakan menebar sehelai sutera di atas meja. Jom2..murah2, bayar dua kali pun boleh. Sutera Trengganu ni. tengok, lembut je..kalau gumpal 4 meter ni, cukup satu tangan jer.Aduh..pulak dah..Saya ni pantang orang offer. Pertama, kesian, kedua..duit tengah ada (gaji saya tak luak tiap bulan kerana semua suami tanggung), ketiga..tengok orang beli, sayapun terliur jugak..keempat, kelima, keenam..semuanya tu sekadar alasan nak lakukan barang orang.
Melihat kain2 sutera di atas meja saya, rakan2 yang lain mula berkumpul, belek membelek, tawar-menawar, akhirnya sepasang sutera bertukar tangan..jadilah milik orang. Bukan satu, bukan dua..kalau ada sepuluh, semuanya diambil mereka. Harganya? Kurang lebih seratus lima puluh rial...takpe, takpe kata mereka. Alah membeli, menang memakai..habis tu my sixteen ringgit vitamin C ? Nobody want it compared to one hundred and sixty ringgit Trengganu Silk.. Then I know, the conclusions is...orang tak nampak kebaikan jangka panjang vitamin C dari sepasang sutera..
Hari yang berikutnya saya lalui benda yang sama. Masih membawa sebotol Vitamin C untuk semua orang. Saya tak 'heran' sangat bab nak belanja orang secara percuma ni. Kat rumah stok masih banyak, sebab suami saya kena maintain beli produk ni, jadi setiap kali maintain, kami beli satu box yang ada 48 botol Vitamin C. Mana nak termakan banyak2..so kalau tak jualkannya, saya bagi percuma..tapi setiap orang boleh dapat sbiji aje setiap hari. Pun begitu, Vitamin C saya disambut gembira..(free kan tu..) namun ia tetap dikalahkan oleh Sehelai Tudung Berenda2 pula hari ni..hemm, kesiannya wahai Vitamin C. Tudung Berenda..kamu menang hari ni..takpe, takpe..
Mulai hari itu dan hari2 seterusnya, Vitamin C saya masih tetap di atas meja. Siapa yang rasa nak, saya wakafkan. Ambil lah..tapi jangan ambil semua. Mulai hari itu juga, saya mula membawa Vitamin C ke dalam bilik darjah. Saya akan beri anak2 murid saya sebiji dua apabila mereka boleh menjawab soalan apabila ditanya. Suka pula budak2 ni. Ia menjadi satu motivasi pula buat mereka untuk cepat jawab soalan dek kerana sebiji Vitamin C.
Bertitik tolak dari situ, saya mengambil kesimpulan bahawa, ramai orang yang sanggup berpakaian cantik dan mahal, tetapi tidak untuk berhabisan kerana kesihatan.
Anak-anak juga sering diberi makan 'jajan' dari makanan tambahan..(supplement)
Oleh itu, demi mendapat hasil yang terbaik dari anak2..apa yang mereka makan adalah sangat perlu dititikberatkan.
Kita, adalah apa yang kita makan.
~Salam buat semua..Fikir-fikirkan~