Salam Jumaat buat semua penghuni alam. Burung berkicau riang..mengucap tasbih dan zikir ke hadrat IIahi, alhamdulillah...Allah masih memberiku kesempatan untuk berjumpa lagi Jumaat hari ini. Pantas betul masa beredar..atau kita yang tidak sedar. Aku yang masih alpa, masih lalai, masih serba kekurangan dalam banyak segi. Masih membuat dosa setiap hari, sedangkan saat kembali kepada Allah sudah tertolak satu detik, tiap detik, demi detik.
Akhir2 ini, setiap malam pasti aku berkira2, perlu
kah aku menulis sepatah dua kata untuk aku tinggalkan buat mereka yg tersayang. Manalah tahu, ini malam terakhir aku bersama mereka. Sebelum tidur aku akan merenung wajah2 kesayangan, terutama sekali yang masih menyusu...apalah yang akan terjadi kalau aku tiada.Menangis kah dia mencari susu bonda..subhanallah, mati itu pasti.Yang pergi akan pergi, tanpa sedetik pun terlewat. Apakah yang perlu aku wasiatkan buat anak2 tercinta? Buat suami yang dikasihi..buat ibu bapa yang telah tua, buat rakan2 dan saudara mara..
Anak2 yang ku sayangi,
Apabila bercerai roh dari jasad,
berpisahlah kita buat selama2nya.
Tinggallah anak, bersama ayahanda,
Kepada bonda jangan dilupa,
Doa dan amalanmu penentu bahagia,
Harapan bonda di alam sana.
Ikutilah perintah Allah dan Rasul,
Kepada agama jangan dipersia,
Buatlah amal jauhi noda,
Agar dirimu beroleh sejahtera.
Jangan lah anak mengejar dunia,
Kerana dunia tempat sementara,
Ilmu dan amal,Islam dan Iman,
Itulah amalan menjadi peneman.
Bonda pergi jangan ditangisi,
Kerana kita semua pasti jua pergi,
Ingat Allah, ingatlah Nabi,
Jadikan Al Quran sahabat sejati.
adussss....
ReplyDelete