Monday, February 27, 2012

Bertemu kembali di 2012

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh..
Dah lama saya tak menulis di blog ini, tak tahu lah mengapa. Nak kata tak ada masa, mustahil. Allah bagi kita 24 jam sehari semalam. Sepatutnya kalau ikut kiraan, 8 jam kita perlu beribadah kepadaNya, 8 jam menguruskan hal ehwal dunia dan 8 jam lagi untuk kita beristirehat. Hemm..kalau nak huraikannya, saya tak begitu arif, tapi itulah pengiraan saya yg kurang cerdik ini.

Mungkin juga sebagai ibu kepada 5 anak yang sedang membesar, banyak perkara yang tidak habis2 perlu dilaksanakan. Apatah lagi hendak melayan karenah anak kecil saya yang berusia 2 tahun pada Januari lepas. Jika boleh, seminitpun dia tak mahu berenggang dengan saya. Malah, kalau dia tidurpun, saya kena memastikan yang dia benar2 nyenyak. Jika tidak, dia tak jadi tidur. Tapi si kecil ni bagaikan ada magnet dengan saya. Jika saya beredar, paling lama 15 minit selepas itu dia akan terjaga dan menangis. Begitulah ikatan ibu dan anak, apa lgi bagi bayi yang menyusu badan seperti Dzulaikha ni.

Tahun 2012 ..apa yang perlu dihadapi pada tahun ini?
Banyak perkara pada tahun 2011 yang belum tercapai seperti yang dihajati, kini 2012 pula menjengah. Mudah2an tidak seperti tahun lepas..banyak sangkut, banyak dugaan, banyak yang tak beres.
Yang paling saya takuti adalah, antara urusan saya dengan amal ibadah. Takut tahap kesihatan menurun. Entahkan umur dapat dilanjuti dengan amal ibadah yang mantap, bukan main2..sekarangpun usia dah menginjaki 40 tahun lebih.. Ya Allah, mudah2an aku mendapat rahmatMu  sepanjang hidup di dunia...hinggalah ke akhirat.

Pada tahun ini juga, saya berharap benar keadaan ekonomi keluarga kami semakin baik. Anak2 mula membesar,.. banyak wang yang perlu digunakan, terutama untuk pembelajaran mereka. Sangat banyak..mudah2an  Allah memberikan kami rezekiNya yang barakah dan dipermudahkanNya.
Ameen ya robbala'lamin..