Semalam kita dikejutkan dengan satu insiden yang berlaku di Kota Bharu tentang seorang gadis yang cuba untuk membunuh diri. Masyaallah, sangat terkejut dengan video tersebut dan pelakunya pula seorang gadis Islam. Jika saya tak salah jangka. Dalam minda dan hati berkata..apalah yang menyebabkan gadis tersebut begitu nekad sekali untuk bertindak sehingga ke tahap ingin menamatkan riwayatnya dengan jalan yang paling dibenci Allah, iaitu Membunuh Diri !
Begitulah kita, jika tidak jaga keimanan mudah saja syaitan masuk.
Pada pendapat saya jika seseorang itu waras dan beriman..tidaklah sampai ke peringkat begitu berani, sehingga ingin terjun dari bangunan atau merodok perut dengan pisau atau menembak kepala dengan pistol..apa2pun siapa kita untuk menilai seseorang itu..beristighafar lah jika kita diganggu oleh kemelut masalah dan gangguan2 bisikan syaitan yang ingin mensyirikkan diri dari agama Allah.
Sebagai seorang ibu, saya sentiasa berasa khuatir dengan fenomena ini. Adakah juga ini disebabkan salah di dalam pergaulan, salah memilih teman, tidak cukup didikan agama, masalah di dalam rumahtangga sehingga anak2 menjadi bosan, gagal di dalam percintaan, gagal di dalam peperiksaan atau apa sebenarnya yang mereka inginkan..
Justeru itu, saya menyeru kepada diri sendiri dan semuanya di luar sana..apapun masalah kita, kembalilah kepada Islam. Islam mengajar kita supaya bersabar dan redha..jangan terburu2 di dalam melaksanakan sesuatu yang kita sendiri ragu2..carilah seseorang yang kita boleh berkongsi masalah dan sudah pasti carilah mereka yang sesuai dan bukan yang boleh mendatangkan syak pula, nanti lain pulak ceritanya.
Tidak dapat menulis panjang untuk pagi ini atas tuntutan masa..semoga kita renung2kan dan timbalbalik semua yang berlaku pada kita sehari2, semoga segalanya menjadi pengajaran dan teladan buat kita dalam meneruskan hidup sebagai HambaNya yang hanya menumpang sebentar cuma..
Salam dariku..
No comments:
Post a Comment