Wednesday, March 9, 2011

Bila Allah permudahkan buatku...(ku mensyukuri nikmatmu..ameen)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana segala-galanya di atas ketentuanNya juga. Kita sebagai hambanya, perlulah sentiasa berusaha dan jangan berputus asa..buat sehabis baik, berusaha, berdoa dan bertawakal.Kerana apabila kita bertawakal, Allah yang Maha Bijaksana akan menentukan segalanya untuk kita, Insyaallah.

Sebenarnya dari awal tahun lagi anak saya, Khadeja sering 'buat perangai' (Khadeja -anak keempat berusia 6 tahun pd June 18,2011). Khadeja sangat bermasalah  sewaktu hendak bangun pagi-kebiasaannya jam 6 sudah dikejutkan untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Dia akan menangis, termenung di bawah pancuran air dan melambat2 kan mandi kerana 'moody', saya terpaksa berulang-alik dari dapur ke bilik air melihat2 dia sama ada sudah selesai mandi atau menangis, atau tertidur semula di situ dan kadang2 duduk bersila atas lantai sambil main-main air. Ini membuatkan saya terkejar2 setiap pagi, mana nak sediakan breakfast, nak check anak2 yang lain, sedangkan jam 7 semuanya dah nak kena bergegas ke sekolah.

Begitu juga dengan masalah anak ketiga, Balqis. Walaupun dia dikategorikan sebagai genius kerana sudah boleh membaca semasa berusia 3 tahun, tetapi sifat moody Balqis sangat ketara, mudah tersentuh, tak suka bergaul, suka menyendiri dan lebih suka membaca buku di biliknya daripada bergaul dengan saudara mara yang berkunjung ke rumah.

Everthing changed.Apabila  seorang teman hubby datang ke rumah dan memperkenalkan kepada kami, menceritakan khasiat dan keberkesanannya satu  produk bernama GENIUSXTRA MIND & SOUL .

 Kini, setelah lebih sebulan menggunakannya, masalah Khadeja telahpun hampir selesai. Deja dah boleh bangun sendiri, ke bilik air dan segala-galanya dilakukannya sendiri tanpa pertolongan saya. Adakalanya saya lihat dia sempat menyanyi-nyanyi lagi pagi2 begitu sambil mandi.

Begitu juga dengan Balqis. Semakin rajin menolong mummy. Mengemas bilik, mencuci pinggan dan mengemas dapur, menjemur pakaian di hujung minggu dan memandikan adik setiap petang. Alhamdulillah, ku syukuri nikmatMu Allah. Kalau kita tak berusaha dan berikhtiar..hanya berserah sahaja kepada Allah, semuanya tak akan mengubah segala-galanya.


Sedikit perkongsian tentang produk ini :
Genius xtra Mind and Soul ini diperbuat dari bahan berasaskan gula sukrosa yang diadun dengan mineral semulajadi seperti Ferrum, Kalsium, Kalium, Magnesium & Natrium. Ini adalah sumber UTAMA yang sangat diperlukan dalam memberi keseimbangan kepada Minda dan Tubuh.

Penghayatan Teknologi VNP AFTL menghasilan bio-elektrik tambahan berserta getaran ketenangan yang menjadikan Minda LAJU dalam memproses data, mengingat dan mengimbas kembali maklumat yg diperolehi dengan pantas kerana :

1. TENAGA HAYAT tubuh meningkat sehingga memperbaiki fungsi otak daripada normal 5%- 10% kepada lebih 10%.Lebih tenaga untuk berfikir, lebih terbuka pemikiran dan lebih ketrampilan.

2. Memperbetul dan memperkuat "Laluan Bioelektrik Tubuh" daripada mendatara kepada menegak..satu keadaan di mana secara fizikalnya , "Tenaga Terangkat ke atas", hati, minda, komunikasi, pendengaran, penglihatan dan sistem saraf tubuh menjadi selaras dan selari, harmoni, tepat dan laju.

3. VNP AFTL - tenaga "hening" yang "menstabil" semua keadaan.

* VNP AFTL = Virtual Negative Photon Alhayat Faster Than Light Technology, berupaya meningkatkan bioelektrik tubuh yang boleh mengimbangi Hati, Minda, tubuh dan Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajam ingatan, cergas, cerdik serta bersahsiah dan berketrampilan.


  Justeru itu, kita harus peka bahawa Ketenangan Hati dan Fikiran adalah kunci kecemerlangan Insan yang beridea, berintegriti dan berwawasan.


  Mencuba sesuatu yang baik, mendapat hasil yang baik, eloklah dikongsi bersama. Semoga kita mendapat manfaatnya dalam meramaikan  dan memajukan lagi umat Islam, berjaya  menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang berjaya di dunia ( lebih2 lagi untuk akhirat )

  Memberi anak2 kita makanan tambahan yang baik, suci lagi bersih adalah lebih bererti dari menghabiskan wang untuk makanan2 yang tidak berfaedah dan menjadi racun dalam diri anak2.

 Insyaallah, apabila niat kita baik, sering berdoa kepada Allah untuk kebaikan anak2 dan keluarga, Allah akan permudahkan kepada kita.

Syukran Ya Allah.

We do our best, lets Allah do the rest..ameen.

No comments:

Post a Comment