Thursday, March 17, 2011

Berbahagianya seorang ibu itu...

Dua hari yang lepas, Ustazah Asni Mansor Al Hafizah menelefon saya. dah lama beliau tak contact saya, begitu juga saya..sudah lama tak menelefon atau bersms dengannya. Maklum lah Ustazah Asni sibuk. Ada saja program dan shooting di sana sini. Bukan hanya rancangan di TV 9 sahaja, malah hampir semua rangkaian di setiap channel ada program yang melibatkan beliau. yang terkini, iaitu semasa Ustazah menelefon, beliau sedang berprogram Rancangan Adik-adikku di TV 1.

Maafkan Kak Mai lah, Asni..(saya masih lagi memanggilnya Asni..rasa kekok memanggil ustazah sebab dah closed gitu- maaf !)..Akak dah lama tak buka tv. Cuma minggu lepas aje jadi 'terbukak' tv sebab nak tengok berita2 tsunami di rancangan berita..Jadi kurang melihat Asni di kaca tv..so bertambah2 lah rindu. paling last berjumpa semasa sebelum bersalinkan my last baby, last year. Beliau dan suami belanja breakfast kat Restoran Sup Urat Ketin di Bangi. lepas tu terus tak jumpa2 sebab Ustazah sangat sibuk shooting hingga ke Mekah dan Madinah.

Sangat seronok dengar Asni bercerita tentang anak2 beliau. mana tidaknya..keempat2 anaknya semua dihantar ke sekolah Tahfiz. semuanya telah khatam Quran berkali2 seusia masih di bawah 12 tahun. seingat saya anak keduanya Adam, sudah khatam semasa usia 5 tahun..subhanallah.
Sekarang anak sulung dan ketiganya, Yasmin dan Maryam berada di Tangkak untuk kelas Tahfiz pula. Menurutnya lagi, untuk memulakan pembelajaran tahfiz, anak2 ni kena khatam Quran dulu-10 kali, baru boleh mula menghafaz. manakala setiap hari anak2 ni boleh menghabiskan 5 juzuk sehari. Masyaallah..Itulah kanak2, bila di didik sedemikian, mereka boleh melakukannya.
Tak sempat pulak bertanyakan tentang Adam dan Naufal di mana..mungkin di Madrasah Tahfiz miliknya di Puchong. Minggu depan pula mereka anak beranak akan menunaikan umrah...alhamdulillah. Mudah2an dipermudahkan perjalanan mereka sekeluarga.


Syukurnya mendapat didikan dari kedua ibu bapa yang mementingkan Al Quran dalam kehidupan mereka sehari2..Ustazah Asni dan Ustaz Nasir berjaya membawa anak2 mengikut jejak mereka berdua. Menjadi seorang Hafiz dan Hafizah.. Doakan untuk Kak Mai sekali ye, Asni.

Dalam pada itu, hati saya berkata2.. Mudah2an anak2 saya dapat dididik sedemikian juga. Walaupun ada yang tak dihantar ke tahfiz, diharap yg bawah2 ni dapat mengikut jejak anak yg kedua..namun begitu yg sulung ni tetap dilatih menghafaz setiap kali habis solat maghrib dan subuh. alhamdulillah Juz amma (Juz 30) dah boleh ingat, cuma sentiasa kena refresh, takut lupa, maklumlah..selalu kena jadi imam di rumah, nanti asyik baca ayat yang sama pulak.

  Last but not least, marilah kita sama2 berdoa semoga anak2 kita dapat ditarbiyah sesungguhnya dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Bukan berkelakuan baik hanya di depan mata, malah sentiasa menjaga adab sebagai seorang muslim dan mengamalkannya walaupun berada jauh dari kedua pandangan ibu bapa. Bukan sekadar berpura2.. Kerana apa jua yang dibuat di luar sana akan tetap diperhatikan oleh Yang Esa..dan kejahatan itu akan terserlah bila sampai masanya.


~ Kami tak dapat berbual panjang, memandangkan saya sedang menggoreng mee hoon, sambil membuat donat dan karipap untuk tetamu khas saya dari Pasir Gudang. Itupun teman FB..tak sangka terjalin ukhwah lewat maya..akhirnya dapat berjumpa secara live hari tu..Semuanya atas kuasa Allah yang Maha Kaya..~

No comments:

Post a Comment