Wednesday, March 2, 2011

Pendapat masing-masing.

Seminggu dua yang lepas, berbagai status yang keluar dari friend FB saya. Ada yang tak suka orang tulis short form yang padanya entah apa2. Saya setuju juga dengan status dan pendapatnya. Sekarang, entah jadi satu fenomena baru orang suka menukar2 perkataan2 pendek tetapi agak 'lari' dari ejaan shortform biasa yang kita guna. Misalnya, pun jadi pown..,tau = taw, aku =aq, lg(lagi)= ag , gila= giler dan banyak lagi yang sebenarnya bukan jadi shortform pun, tapi jadi haru-biru..

Kemudian ada pula rakan FB yang lain agak marah2 bila ada orang suka campur aduk tulis bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sewaktu menulis status atau komen.Dia berpendapat, mereka yang menulis sebegini adalah orang yang tak tahu menyanjung bahasa Melayu atau bahasa ibunda dan membanding2kan dengan orang Jepun yang sangat mengagungkan bahasa Jepun sehinggakan orang luar yang hendak belajar di Jepun, hendaklah mempelajari bahasa Jepun. Baginya dengan mengekalkan bahasa sendiri, orang Jepun tetap maju dari bangsa2 lain di dunia.

Bagi saya ada betul dan ada yang tidak betulnya. Apa jua cara seseorang itu hendak berbahasa, terpulanglah kepada diri individu itu sendiri.Menulis di komen FB, lebih kurang sama juga dengan berbual di luar sana. Bagi yang dah biasa berbual dengan mencampur adukkan bahasa sama ada Bahasa Melayu + Inggeris atau tambah lagi dengan bahasa Cina, semuanya tak jadi hal. Sebab namapun berbual dan tak ada format yang digariskan dalam menulis komen di FB. Lain lah halnya kalau tengah menjawab periksa. Kalau kertas BI, jawab lah fully in BI, kalau Bahasa Melayu, jawab lah dengan penuh susun kata bahasa melayu yang betul. Tersilap ejaan dan singkatan, potong markah lah jawabnya. Tak gitu.

Tak perlu lah nak marah2 orang yang dia sendiri tak kenal kerana 'orang itu' nak tunjuk terer katanya. Macam lah aku tak tahu BI. Kat rumah, aku lah yang mengajar anak aku BI sampai dia boleh lulus periksa.., tambahnya lagi..hemmm..kadangkala kita punya pendapat yang berbeza dalam banyak perkara. Teringat cerita suami saya suatu ketika. Dia mempunyai seorang rakan yang sangat 'fluent'(fasih) kalau speaking. Pada hal, kalau cakap Melayu, memang tak bunyi Melayu pun. Banyak kepada bunyi dialek Terengganu..Tapi suami saya sangat hairan, apakah rahsia sebenar rakannya itu. Nak jadi tahu rahsianya..suatu hari sewaktu hendak 'cucuk' duit di ATM, rakannya menggunakan ENGLISH sebagai pilihan untuk transaksi.Diapun secara berseloroh mengusik kawannya.
"Wah, terer demo, baca arahan kot Inggeris..faham ke tu ? "
Rakannya pun menjawab, "Tu lah orang kita.Hari2 guna bahasa Melayu, takkanlah nak buat hal2 yang lain kita tak nak guna bahasa Inggeris. Sekurang2nya untuk ketika2 yang lain, kita boleh dah dapat ilmu berbahasa Inggeris secara tidak langsung,"

Sejak dari hari tu, suami saya sentiasa menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pilihan. Sama ada dalam urusan bank, penggunaan di HP dan sekarang, dalam menggunakan Facebook.
Saya juga rasa kekok apabila menggunakan bahasa Melayu bila membaca arahan2 di HP. Sewaktu meminjam HP orang lain, saya kena membaca berkali2 arahan tersebut dan cuba translatenya ke bahasa Inggeris..kemudian tertawa sendiri apabila dah dapat terima arahan tersebut..dalam hati kata oooo peti masuk tu inbox..
Begitu juga di FB.Pernah tertengok ada rakan menggunakan Bahasa Melayu (Indonesia)sebagai bahasa penggunaannya. Saya jadi kekok melihat perkataan Kongsi (Share).Suka (Like) dan Hantar (Send). Bukannya tak faham maksud bahasa kita sendiri. Tapi bila setelah biasa menggunakan bahasa Inggeris di FB, saya jadi kena berhati2 pula.
Anak2 juga saya dedahkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris untuk akaun FB mereka sendiri.Kerana dari sini lah mereka akan berlatih dan terbiasa dengan perkataan2 bahasa Inggeris dan arahan2nya.Hemm..tak ada masalah nak menunjuk2 kat sini. Yang penting kita tahu apa yang orang lain tak tahu. selagi ianya tidak merosakkan aqidah, tak ada siapa yang boleh larang.

Ingatkan nak panjang kan lagi tulisan dan cerita di sini, tapi nampaknya tak dapat juga. Kejap lagi baby pasti akan terjaga. Masa untuk dia menyusu.

Mudah2an dapat sedikit berkongsi di sini.Bukannya tak nak menulis hari2 di blog ni. Tapi yang perlu kena di dahulukan, maklumlah asyik berkejar ke ana ke mari nak handle lima orang anak dan suami. Rumahtangga nak kena update setiap minit. Insyaallah jika diberi ruang dan peluang, kita story2 lagi..

No comments:

Post a Comment