Monday, February 14, 2011

Hari Berkasih Sayang ?

Hemmm..14 Februari..
Saya melihat kelam kabutnya seluruh dunia dengan tarikh ini. Kalau yang bukan Islam aje yang sibuk dengan kedatangan tarikh ini, tak pe lah..eh eh, yang Islam pun sama naik ! Ape ke hal ? Tu la..bila dah tak tahu, cuba2 lah ambil tahu. sekarang dalam media banyak mengeluarkan isu tentang sambutan VD ni, jadi baca2 lah untuk keperluan rohani. Jangan ambil sikap.."ah ,aku peduli hapa..aku tak kacau orang, bukan dorang yang bagi aku makan..tak payah nak sibuk2.." Itu lah yang pernah saya dengar sedikit masa dulu dari mulut orang yang tak suka dinasihati atau ditegur apabila sibuk membeli bunga dan kad untuk si dia menjelang VD.


Bukan itu sahaja yang buat sales sempena VD ni pun ada juga. Jom..harga runtuh sempena Valentine...mari mari mari ! Yang lawaknya barang yang nak dijual itu ialah..kain tudung ! Sudahlah kain tudung sekarang bermacam2 fesyen..ditambah dengan aksesori yang entah apa2 sehinggakan tuntutan bertudung pun dah lari dari niat asal. Tapi biasalah, mulut orang yang nak cover ni akan berkata..itu semua tak penting, janji niat kita betul dan Allah pun tahu.Hemm..sekali lagi kepalaku pening.Niat pu kena seiring dengan tata cara.Bukan semua mesti berpaksi dengan niat sehingga menghalalkan cara. Islam ada peraturannya.Tak boleh lah main tangkap muat.

     Saya bukan lah orang yang hebat untuk menilaikan semua ini. Jauh sekali seorang yang sempurna untuk berbicara tentang hukum agama. Apa yang saya nampak, belajar dan dengar dari sumber2 yang sahih tentang Islam, wajar lah dikongsi di sini untuk luahan. Maklum lah dunia saya banyak di rumah. Cerita di luar sana pun dilihat hanya melalui kaca komputer. TV jarang sangat dibuka. Sekadar menumpang anak2 tengok Wonder Pets dan Rancangan Berita. Itu pun kadang2 miss juga.


Semalam sewaktu jalan2 kat Metro bersama family untuk cari hp Qayyum, terpandang kedai2 yang jual Gift/Present ( dan yg sewaktu dengannya). Memang betul..sekuntum mawar merah (juga mawar putih,biru dan merah jambu) berharga rm8 sekuntum.Kedai jual bunga sendiri menjual dengan harga yang melambung2. Sehingga sejambak yang ada beruang kecik seekor melonjak sehingga rm150. Bunganya pulak hanya 5 kuntum. Bertungkus lumus pekerja2 florist ni nak siapkan gubahan sehingga mengambil ruang yang luas di kawasan pejalan kaki untuk letakkan baldi2 bunganya. Boleh tercucuk duri ros kita dibuatnya.


Itu lah dia..bila tidak ada ilmu.Yang wajib disambut tak disambut..perayaan agama lain disambut besar2an.Hari kasih sayang konon..Hari Maulidur Rasul esok tak lah sehebat ini digembar gemburkan dek media.Ada tu memang lah ada..tapi bagai melepaskan batuk di tangga. Tetapi untuk cerita2 bertemakan VD ni pulak, cukup hebat dan banyak pulak..Sehinggakan cerita Hollywood, Bollywood dan entah apa wood lagi memenuhi rancangan sebulan di dalam tv pada bulan Februari ini yang dianggap bulan Kasih Sayang.

~ Akhir sekali, saya menyeru diri sendiri dan anda semua yang mengaku Islam, marilah kita perbetulkan minda dan aqidah.  Agama jangan di ambil ringan. Tak tahu hukum, jangan main ikut2an. Ada baiknya bertanya dan ambil tahu. Sekarang dah banyak saluran boleh digunakan untuk belajar agama. Jangan jadi katak di bawah tempurung..yang rugi, diri sendiri dan generasi kita akan datang.. ~

1 comment:

  1. Buy a SEGA Mega Drive Video Game Console and Buy
    Buy a SEGA Mega Drive Video Game Console and Buy 샌즈카지노 SEGA Mega Drive Video Game Console and Buy SEGA 1xbet Mega Drive Video Game 제왕 카지노 Console and Buy SEGA Mega Drive Video

    ReplyDelete