Tuesday, February 8, 2011

My Birthday

8 Februari-satu tanggal yang setiap tahun saya nanti2kan, tak tahu mengapa. Bukanlah saya ghairah sangat nak sambut besday pada tarikh ini.. Tapi ialah.. Dah nama pun tarikh keramat dimana pada hari inilah saya dilahirkan. Saya dilahirkan pada 8 Februari ini di KK Hospital, Singapura oleh ibu saya, Zawiyah binti Tamam. Nama hospital ini sebenarnya memalukan saya sewaktu di sekolah rendah dahulu. Apa tidaknya..nama penuh KK ini bukan Kota Kinabalu tapi "Kandang Kerbau" hospital.

Bukan saya saja yang mengalami masalah ini..begitu juga dengan adik beradik saya yang lain.Bagi warga Singapura nama KK ni tak lah pelik..kerana di dalam kepala mereka, alah sekadar nama.Namapun nama Melayu - Kandang Kerbau.Mungkin mereka tak perasan nama 'kandang' dan tambah pulak dengan 'kerbau'.apalah sangat.Sedangkan bagi orang Melayu..memang rasa hina sangat, tempat lahir di Kandang Kerbau.Seorang dari kakak saya yang telah berhijrah ke Kelantan sejak baby lagi sering diusik2 teman sekolahnya apabila mereka berkata.."huh..beranok kat kandang Kubah..(kerbau-ikut dialek Kelantan).

Biarlah..apa orang nak kata, kita tak berupaya nak tutup mulut semua orang.

Birthday saya pada tahun ini agak hambar.Sebenarnya tahun lepas pun begitu kerana pada tahun lepas,birthday saya ialah sewaktu saya dalam pantang.Melahirkan anak bongsu pada tanggal 01-01-10.Tapi walaupun begitu, hubby telah mengejutkan saya dengan membeli sebiji kek bersama dengan anak2.Mereka pasang lilin sekali dan siapkannya di corridor rumah.Terharu jugak masa tu, maklumlah..sudahlah dalam pantang, masih lagi dalam maternity blues..hati cepat sangat rasa tersentuh. Terima Kasih lah Papa.Abang, Ayum, Kakak dan Deja..(mummy tak ucapkan pun pada tahun lepas..)

Pada tahun ini lain pula cara dan rasa sambutan ini.Saya tak rasapun nak sambut apa2,walhal sebelum ini saya sangat suka masak2..Boleh dikatakan setiap hari masak itu ini, kuih muih dan apa saja yang boleh membuka selera keluarga.Tapi tiba hari yang ditunggu2..takde rasa pun nak masak2.Bukan apa..saya tak boleh melakukannya di saat seorang dari 5 orang anak tiada di sisi.Itulah perasaan seorang ibu rupanya.Sebelum ni saya kurang merasakannya begitu dan tak kisahpun apa perasaan orang yang bergelar ibu..rupa2nya bila dah ada anak yang hidup berjauhan, barulah saya rasa akan kehilangan..

Patutlah apabila saya dan suami balik ke kampung, tak kiralah kampung suami atau kampung saya sendiri, ibu2 kami lah orang yang sibuk nak masak itu dan ini untuk anak2 dan cucu.Ibu mertua saya asyik duduk di dapur melayan apa yang hubby nak..colek perut air garam adalah antara favourite suami.Saya memang tak boleh nak masak perut lembu ni.Nak pegang pun saya dah rasa semacam..apatah lagi nak makan.Ibu saya pula, kalau dah tahu kami nak balik, kejap2 menelefon dan minta confirm bila nak sampai..ikan pari beliau dah beli untuk masak asam pedas.Oh ibu...memang tak terbalas jasa ibu2 kita ni.

Birthday saya 8 Februari.Sewaktu menulis ni, bererti semalam lah birthday saya.Dalam sejarah hidup saya..paling kurang bawah dari sepuluh orang yang akan mengucapkan tahniah sepanjang hari itu.Tapi ibu jugalah orang yang pertama akan ingat birthday saya.Setiap tahun, sejak handphone wujud di Malaysia..(sebelum ni telefon biasa) ibu saya akan menelefon saya dan ayatnya sama.."Mai,hari ni birthdaykan..tak masak apa2..?" Sebenar tu saja..tapi besarnya hati saya kerana Mak tak pernah miss telefon pada tarikh 8 Feb. ni.Malah mak akan ingat semua tarikh lahir anak2 dan cucu2nya walaupun sekarang Mak dahpun berusia 73 tahun.

Tahun ni lain dari tahun2 sudah..sejak aktif ber FB, tahun ini sangat ramai rakan2 FB, sedara mara, rakan2 lama dan baru mengucapkan Happy Birthday kepada saya.Tak kisah..ayatnya panjang, atau pendek..yang penting bagi saya adalah ingatan dan masa yang mereka peruntukkan untuk menulis di Wall saya sempena birthday saya.Alhamdulillah banyak juga doa2 diselitkan..mudah2an walaupun hanya melalui maya, Allah perkenan doa2 mereka kepada saya dan Allah berikan semula ganjaran yang sama kepada yang berdoa itu tadi..InsyaAllah..ameeeeen.( Ya Rabbal a'lamin..)

Last but not least, dikesempatan masa yang terhad ini saya ingin mengucpkan berbanyak2 terima kasih kepada SEMUA yang telah memberi wish HAPPY BIRTHDAY to MAIZATUN MAI, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas ingatan anda.Walaupun ianya kecil bagi anda, tetapi tidak bagi saya.Saya selalu melihat2nya kembali nama2 mereka yang menulis di Wall saya dan saya sangat2 appreciatenya.

To my hubby..
                     Saya tak pernah meminta apa2 hadiah untuk setiap tarikh2 yang penting bagi kita berdua..sekadar mengktiraf saya sebagai isteri dan ibu kepada anak2..sudah cukup untuk memartabatkan saya sebagai seorang yang sempurna di mata dunia.

              

No comments:

Post a Comment