Monday, February 7, 2011

Sebulan sudah berlalu..

Assalamualaikum..Apa khabar semua..Sebulan telah kita tinggalkan.Februari muncul kembali, tapi untuk tahun 2011..bukan lagi 2010..Hari ini bermula semula persekolahan setelah bercuti sempena Tahun Baru Cina.Ada sekolah bercuti sehingga 9 hari..tidak pula bagi sekolah anak2 saya.Mereka bercuti 5 hari sahaja.

Semalam saya menghantar anak kedua balik ke asramanya di Maahad Tahfiz di Hulu Langat, Selangor.Beliau hanya bercuti hujung minggu sahaja..langsung tidak ada kena mengena dengan cuti2 ini apatah lagi cuti Tahun Baru Cina.

Alhamdulilah..cerita saya untuk pertama kali ini ialah tentang anak kedua saya ini - Nick Dzul Al Qayyum.Untuk anak2 lain..akan saya cerita dari masa ke semasa.Ini disebabkan banyak perkara yang melibatkan Qayyum disepanjang Jan-Feb ini.

Semalam hati saya menjadi sangat tenang melihat keceriaan Qayyum pulang ke asramanya.Tidak seperti yang berlaku di minggu2 sudah.Mungkin disebabkan Plan B saya yang berjaya.Bagi rakan2 yang mengikuti status saya di FB..mungkin pernah terbaca tentang plan B yang saya war2kan sebelum ini.Plan B...iaitu menukarkan Qayyum dri Muar ke Selangor..

Bukan Maahad di Muar tidak bagus, tetapi tidak perlu lah huraian panjang lebar tentang itu..yang penting sekarang, tempat Qayyum lebih dekat, selesa, jimat masa, tenaga dan tol ! Kini Qayyum sudah berada dekat dengan saya.Hanya 30 km sahaja.

Rutin Qayyum bermula jam 4:30 pagi..Beliau akan berjalan menuju ke kelas hafazan di surau Maahad bersama2 rakan2.Bayangkan lah..jika kita diberi pilihan waktu itu..dihujung desa yang berbukit bukau, dengan kedinginan bayunya..sungai dari bukitnya..memang dingin mencengkam rasa,tambahan pula jika disebelah petang atau malam hujan membasahi bumi, sudah pasti waktu inilah semakin sedap menarik kain selimut.Tapi anakanda Qayyum ku..telah bangkit bersama2 rakan2nya membelah dingin pagi.Mereka mengalunkan ayat2 suci Al Quran dikala kita masih enak dibuai mimpi..MasyaAllah.Maha Agung Tuhan Semesta Alam..dia diberi kekuatan untuk melawan nafsu yang kita orang dewasapun belum tentu dapat melawannya.Malah, rakan2 Qayyum ada yang berusia 8-9 tahun turut sama menjadi anak2 Tahfiz, insyaallah.


1 comment:

  1. Happy Birthday to Maizatun.. dah masuk umur 32 dah ye..!! Semoga berbahagia selalu

    ReplyDelete